Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Dr. Norisah merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 1987 Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum meneruskan Diploma Pendidikan pada 1988 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Seterusnya, beliau mengambil Sarjana Pendidikan (Curriculum Instruction) 1996 di University of Houston, Texas di Amerika Syarikat, seterusnya mendapatkan ‘National Professional Qualifications for School Headship’ (NPQH) Institut Aminuddin Baki (2000) dan akhirnya mengambil Ijazah Kedoktoran (Kurikulum) 2008 di Universiti Islam Malaysia.
Beliau bermula sebagai seorang guru aademik pada 1989 di SMB St. Joseph, Kuching (1989-1995), kemudian dilantik sebagai Penolong Kanan (HEM) Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (1997-2000) dan Penolong Kanan (HEM) SMK St Teresa, Kuching (2000-2003).
Kerjaya beliau diteruskan sebagai guru akademik di SMK Petra Jaya (2008) sebelum diangkat sebagai Pengetua SMK Pusa, Betong (2008-2012), diikuti Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (2013-2020).
Pada 7 Disember 2020, beliau dilantik untuk memegang portfolio sebagai Pengarah Pendidikan Sarawak dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1 Mac 2022 sebelum bersara wajib.